my cuk muncung.pls play with him while im not at home.tq

My Fav On9 Shopping

HALAL HARAM dan Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100


 Bermacm2 peluang biz yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh... dan baguslah klu kite ingin merebut peluang yang ade.tetapi biz yang bagaimana ditawarkan? produk ape? latar belakang company,yg penting halal kah. haram kah...
kepada sesiapa yang mempuyai laman FB.."setiap kali login ke Facebook  sudah pasti iklan yang berbunyi : Login Facebook Dapat RM 100 dipaparkan oleh sahabat-sahabat kita yang sudah menyertai skim tersebut. Sekali pandang, amat menarik. Siapa yang tak nak kerja mudah, kan? Bukan susah sangat, login Facebook boleh dapat RM100." kata seorang teman. dan katanyer lagi.saya ada buat sedikit kajian mengenai program ini. Ini kerana ada dakwaan bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi berminat dengan program ini. Saya pun SMS seorang rakan saya yang bekerja di Bank Negara (bahagian pemantauan dan siasatan skim cepat kaya) mengenainya. Menurut beliau, jangan percaya kerana mengikut logik, skim-skim ini semua berunsurkan Quick Rich Scheme. Beliau turut memberitahu terdapat beberapa skim yang sedang di bawah siasatan BNM iaitu HMEO (Help Muslim Each Other), Skim Ta’awun (menderma sambil beramal) dan beberapa lagi program yang lain. Beliau minta supaya saya berpesan kepada rakan-rakan yang ada terlibat dalam skim ini supaya cepat-cepat ambil modal anda atau BERHENTI daripada meneruskan program ini supaya anda tidak HILANG DUIT apabila BNM mula mengambil tindakan.

Selain merujuk kepada rakan yang bekerja di BNM, saya juga telah menyiasat melalui Encik Google dan akhirnya terjumpalah dengan artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin. Apa yang dapat disimpulkan oleh Ustaz Zahiruddin tentang Program Login Facebook Dapat RM 100 adalah :-
1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
 pada sy..kiranye benarlah anda2 diluar sana perlukan duit lbh,ingin mnjana pendapatan, tdk salah kiranye berusaha lbh keras... tidak slh join mane2 MLM yg mempunyai produk2 yg bagus utk anda mncari rezki yang bersih dan semestinya HALAL.yang semestinye tidak akan mnganiya org lain,terjebak dgn riba,tidak ade was-was.melibatkan org lain dlm kesesatan. 
utk keterangan lanjut. sila klik disini.
Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

3 Responses
  1. yea...main bende ni cam mintak sedekah tepi jln....
    same je cam sindiket org bute tu...
    bepikir lah wahai manusia....lelagi org melayu...
    jgn la pk nak cpt kaye...kalo nak kaye pn...cari la jln lain selain bende alah ni....
    ha...renung2kn lah dan.....slamat beramal :)


  2. Anonymous Says:

    smoga mereka diberi hidayah dan petunjuk. amin


  3. Anonymous Says:

    http://anamuslimcomey.blogspot.com/2012/04/biz-infinity-downline-tidak-haram.html