Salasilah Nabi Muhammad s.a.w. apakah keturunan Rasulullah s.a.w itu pada pangkal nama "istimewa"?
Dulu setiap kali pulang ke kampung dan melawat kubur nenek moyang saya sering tertanya - tanya kenapa nama nenek moyang saya ada pangkal nama Siti, Sayyid, Sheikh. contoh arwah moyang Sayyid Mahadi al-habib. siti zahara al habib(nenek), tapi generasi kami termasuk yang sebelum2 kami tak ada pangkal nama sedemikian lagi. bila dijelaskan oleh orang2 tua yang veteren barulah saya faham knp dan setuju dgn penjelasan tersebut.
Persoalan yang pernah bermain diminda. benarkah pangkal nama "istimewa "seperti Wan , Nik ,Tengku ,Syed dan sebagainya mempunyai talian darah dengan keluarga Rasulullah atau Ahlul Bait Baginda s.a.w? seperti apa yang faham dan di terangkan termaktub dalam Al-Quran
Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.
1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".
2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?
3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".
Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait menjadi universal:
1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW.
2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW.
3. Isteri-isteri beliau.
4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki.
Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah bukan termasuk kelompok ahlul bait.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Tidak ada seorangpun yang mengaku (orang lain) sebagai ayahnya, padahal dia tahu (kalau bukan ayahnya), melainkan telah kufur (nikmat) kepada Allah. Orang yang mengaku-ngaku keturunan dari sebuah kaum, padahal bukan, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka” (HR. Bukhari dan Muslim).
Maka dengan ini bukankah keturunan Rasulullah itu telah putus pada Fathimah sendiri dan tidak wujud lagi pada masa kini apa yang digelar Ahli Bait. Sebabnya, bapa kepada Hassan dan Hussain ialah Ali. Ali adalah sepupu kepada Rasulullah dan nasab mereka bersambung pada datuk Rasulullah yakni Abdul Mutalib.
Jadi sekiranya kita mengaplikasikan formula mereka yang berhujah tersebut, maka susur galur yang ada sekarang adalah keturunan Abdul Mutalib dan bukannya berdarah Rasulullah. Sebabnya, keturunan Rasulullah terhenti setakat Fathimah kerana Fathimah adalah anak perempuan justeru nasab anak kepada Fathimah tidak boleh bersambung kepada Rasulullah. Sebaliknya, bersambung kepada Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Jadi apa yang ada sekarang ini semuanya keturunan Abdul Mutalib. Nah, inilah hasil formula tersebut. Jelas sekali yang formula ini tidak boleh diaplikasikan apatah lagi dipakai sebagai hujah.
Sebaliknya Rasulullah menyebut:
"Semua
anak Adam bernasab kepada orang tua lelaki (ayah mereka), kecuali
anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan
mereka".
Kesimpulan dari tulisan di atas, bahwa pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya seperti Saidina Hasan dan Husein maupun yang perempuan bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT. kalau kita kaji dan lihat semula salasilah keturunan baginda tidak ada sebarang pangkal nama "istimewa" yang diletakkan sebelum nama mereka.
Saya juga yakin setelah wafatnya Baginda 1400 tahun yang lalu.. cucu cicit baginda Al Hassan dan Al Hussin berhijrah kemerata tempat untuk meneruskan hidup dan berlindung mungkin saja mereka ke alaska kah.. ker rusia ker..bosnia ker..melalui sejarah yang kita ketahui Saidina Hussin terkorban semasa perang di karbala pada 10 muharam 61 hijrah yakni 1372 tahun yang lalu dan meninggalkan satu2nya putera tunggal beliau Ali Zainal Abidin dan kita pun sebenarnya tidak pasti adakah Ali Zainal Abidin mempunyai anak kerana setelah tragedi itu anak Saidina hussin melarikan diri manakala Saidina Hassan setelah menyerahkan kekuasaannya kepada Muawiyah, maka Saidina Hasan dan keluarganya kembali ke Madinah dan menetap disitu sehingga beliau berpulang ke rahmatullah, pada hari Khamis, 7 Safar tahun 49 H, dalam usia 47 tahun. Ketika Saidina Hasan wafat (menurut sejarah diracun oleh orang suruhan Muawiyah bin Abi Sufyan), adiknya Saidina Husin r.a. bersama ramai kaum Muslimin ingin mengebumikannya dekat pusara datuknya (Nabi Muhammad SAW) tetapi sayang telah mendapat gangguan dan halangan dari beberapa pihak yang tidak bersetuju Saidina Hasan dikebumikan didekat maqam datuknya, dengan adanya hujan panah keusungan Saidina Hasan r.a. Akhirnya jenazah Saidina Hasan dimakamkan di Jannatul Baqi.kalau kita kaji smeula salasilah Rasul Allah ini kita akan dapati dari ibu nabi sehingga kepada cucu nabi Hussin mereka tidak melahirkan zuriat yang ramai hanya 1 hingga 2 org setiap mereka dan ada yang meninggal sewaktu kecil juga.Semua ini pasti ada hikmah yang telah Allah aturkan.. Sesungguhnya hanya Allah saja lebih mengehtahui kemana mereka tuju dan sudah pasti mereka tidak mendedahkan identiti mereka sewenangnya.. sesudah itu ramailah manusia-manusia yang tdk bertanggungjawab mengaku - ngaku yang mereka adalah anak cucu cicit dari keturunan Rasulullah s.a.w dari Saidina Hussin dan Saidina Hassan supaya mereka disanjung2 dijadikan ketua kabilah sesuatu kawasan tempat mereka berhijrah merantau.terutama sekali di india dan kepulaun tanah melayu. Secara logiknya jika kita imbau kembali sejarah kedatangan saudagar2 arab ketanah melayu 100 hingga 200 tahun yang lalu dan mereka ada yang menjadi guru agama, berkahwin dgn org tempatan dan juga menjadi raja. jadi mereka ini mendapat gelaran "istimewa". seandainya dengan mengatakan org2 yg mempunyai pangkal nama "istimewa" ini adalah berasal dari keturunan yang mempunya pertalian dgn raja - raja itu adalah benar dan ada sahihnya. Tetapi jika mengatakan meraka adalah berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w adalah lebih baik fikirkan ia kembali. kita sendiri sedia maklum, manusia ni kebanyakkan mengejar dunia,rakus pada dunia, mengejar pangkat dan darjat yang dicipta sendiri oleh manusia lebih- lebih lagi setelah kematian Saidina Hussin beribu -ribu tahun yang lalu.Manusia pada zaman itu hingga ke akhir zaman ini memang sanggup mengada2kan cerita, mencipta nasab keturunan dari mulut ke mulut dari generasi ke generasi kini, mangaku pewaris keturunan nabi s.a.w malah ada yang sanggup mengaku nabi juga demi untuk mendapatkan pengaruh,pengikut, harta pangkat dunia..adakah kita ingin terus mewarisi dan meneruskan pembohongan ini hingga ke akhir zaman? kenapa tidak kita tinggalkan persoalan itu hanya kepada Allah kerana Allah saja yang selayaknya mengehtahui kebenaran yang nyata lebih2 melibatkan susur galur keturunan Baginda s.a.w.Saya yakin seandainya Baginda Rasulullah s.a.w masih hidup baginda tidak akan meletakkan dan membenarkan cucu cicit baginda dgn gelaran2 "istimewa" seperti ini, baginda sendiri tidak suka ummatnya bermegah2, angkuh, berpuak-puak dan menimbulkan byk masalah perselisihan dan perkara lain yg bertentangan dgn islam dan sunnah, cthnya perasaan taksub bagi segolongan manusia yang cetek pemikirannya sehingga melarang keras mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah daripada berkahwin dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah lebih lebih lagi kaum Sharifah kerana sekiranya mereka berkahwin dengan golongan yang bukan Syed, mereka tidak boleh mewariskan nama Syed atau Sharifah kepada anak mereka dan susur-galur keturunan itu akan terhenti di situ. sedangkan asal usul susur galur yang dibanggakan itu belum tentu kebenarannya atas faktor2 yang telah dinyatakan td.Boleh nak letak pangkal nama "istimewa" apa sekali pun,tapi jgn terlalu taksub dgn menyatakan pangkal nama "istimewa" sekian adalah dari keturunan Nabi s.a.w dan Lebih malang apabila ada segelintir manusia yang begitu taksub kepada golongan Syed dan Sharifah ini sehingga percaya yang mereka adalah golongan syurga dan sesiapa yang berkahwin dengan mereka juga akan turut tergolong dalan ahli syurga. Maka berebut-rebutlah orang yang cetek fahaman agamanya ingin berkahwin dengan Syed terutamanya supaya mereka dapat masuk syurga dengan mudah.
Lebih menjijikkan lagi bagi mereka yang bernama Syed atau Sharifah tetapi tidak berkelakuan sepertimana yang selayaknya sebagai seorang muslim ,tidak apa kebanyakkan mereka tidak pula mempunyai wajah orang arab langsung dan kebanyakkan mereka muka melayu asli jawa dan ramai juga yang muka ala2 mamak indian..tetapi kenapa mesti rambut dicolor2,ada yg ber tattoo sana sini, tindik sana sini golongan yang dikatakan mempunyai talian darah dengan Rasulullah dan akhlak mereka lebih hina dan melampau dari mereka yang bernama seperti Jessica alba semua ini sangat menyedihkan. Ini ternyata memberi tanggapan buruk dan mencemarkan keperibadian akhlak contoh teladan Rasulullah dan keluarga Rasulullah yang seharusnya diwarisi oleh ummat baginda itu sendiri.. Jika anda mahukan buktinya, lihat sahaja di televisyen. Berapa banyak artis yang bernama Syed atau Sharifah terutama yang Sharifah tidak menutup aurat, tergedik-gedik dan terkinja-kinja macam beruk dengan berpakaian menjolok mata. Cukup memalukan dan cukup menghinakan. Sesungguhnya kita manusia biasa dan kita semuanya sama,mungkin nenek moyang kita sedikit jahil dan khilaf dgn pangkat,darjat ,keturunan dan harta dunia tetapi perlu ker kita meneruskan kekhilafan mereka sebaliknya terima lah Allah Maha Mengehtahui sesuatu yang kita pun tak kan tahu kesahihanya ada sebabnya kenapa hanya Fatimah Az Zahra satu2nya pewaris tunggal puteri baginda s.a.w dan Fatimah adalah ahli bait yang terakhir.Saya percaya pasti ada diantara berjuta2 berbillion manusia yang ada didunia ini mempunyai saki baki darah pertalian yang sah dari keturunan Baginda s.a.w tetapi mereka mungkin insan biasa keluarga petani atau pengembala kambing seperti baginda s.a.w yang mungkin tinggal di somalia kah, serbia kah, atau dimana saja,pangkal namanya tidak bermula dgn apa2 gelaran istimewa, yang kehidupannya simple, dihiasi dgn sunnah dan serdahana seperti baginda s.a.w, mereka rendah diri, tawaduk, yang hati mereka cinta dan sgt dekat dgn baginda s.a.w sedang mereka sendiri tidak tahu darah yang mengalir dalam setiap salur darah mereka dari keturunan Baginda s.a.w. Sesungguhnya setiap ketentuan dan takdir dari Allah itu adalah menjadi rahsia Allah.Manusia dari zaman dulu kala sehingga kini taksub dgn mencipta keturunan,darjat,kuasa, sedangkan keturunan yg dimaksudkan oleh Nabi s.a.w adlh bagaimana ibu bapa menjaga diri mereka,anak2 mereka,ahli kluarga mereka dengan Allah agar melahirkan dan mewariskan keturunan yang taat dan baik2.Ini jelas ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri yang mengahwinkan Othman dengan dua anak perempuannya, Ruqayyah dan Umi Kalthum, mengahwinkan Zainab dengan Abu al-‘As bin Rabi’, mengahwinkan sepupunya Zainab dengan Zaid bin Harithah, mengahwinkan Usamah bin Zaid dengan Fatimah binti Qays sedangkan wanita-wanita tersebut semuanya berbangsa Quraisy manakala yang lelaki bukan berbangsa Quraisy dan banyak lagi perkahwinan-perkahwinan lain di mana Rasulullah sendiri mengahwinkan wanita Quraisy dengan lelaki bukan Quraisy bukan dari keturunan baginda malah bukan dari kerabat raja hanya insan2 biasa yg soleh. yang membezakan kita dimata Allah hanya taqwa sahaja.. mari kita perbanyakkan selawat keatas baginda kekasih Allah Muhammad s.a.w dan semoga Allah melindungi kita dari segala dosa,fitnah dan kejahatan dari org lain atau dr diri kita sendiri.Sematkanlah dalam hati yang dipandang Allah takwa dan amal seseorang.. jangan biarkan perasaan taksub berketuranan Nabi yang entah sahih ker tidak ni menjadikan kita jauh dari redha Illahi yang akhirnya membawa kita kpd murka Allah.Sama ada kita raja, sultan atau perdana menteri sekalipun kita semua adalah sama dimata Allah lebih baik kita mengakui dan berpegang yang kita hanya lah manusia hamba Allah dan Rasulullah adalah Penghulu kita dan kita haruslah menghidupkan Sunnah dan Al quran dalam diri kita itulah yang sebaik- baiknya..Soal berketurunan Nabi S.a.w ker..Nabi Yusuuff atau sah2 smua kita dari Nabi Adam ker kita serahkan kpd Allah.jgn terus memandai2 lebih2 lagi akhir2 zaman ni.. Wallahu'alam.. kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.
P/S dari letak pangkal nama yang bukan2. lebih manis lebih bangga letak pangkal nama anak ada Muhammad :) barulah grand !!! peace!!
.
Aku terpanggil untuk tulis blog tentang Salasilah junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w ni pun krn aku baru jer bermimpi sesuatu yang menyedihkan pagi td. Dalam mimpi ni aku berada di suatu lembah yang kering dan pelik, kat situ ada satu gaung yang sgt lah besar dan api yang menyala2 dalam gaung tu. walau pun aku jauh dari gaung tu terasa lah sgt bahangnya panas pedih rasa.kat sana punyalah ramai manusia yang dicampak ke dalam gaung tu dr bermacam2 bangsa tapi paling ramai aku leh nmpk dari asia dari nusantara ni sendiri. aku pun kalut nak melarikan diri takut aku pun kena tarik masuk dlm gaung tu.dalam aku nak manjauhkan diri aku terjumpa sorang nenek tua pkai jubah biru muka nya tertutup separuh pkai purdah gitu smbil tangannya kurus kering kedut tu dia pegang rotan kayu panjang smbil mngahalau kambing2 dia.aku tanya nenek tu kenapa org2 tu kena masuk gaung tu.nenek tu jawab.itu lah org2 yang mengaku - ngaku nabi dan mengaku sebahagian warisku dengan mencipta-cipta jurang sesama manusia untuk meraih harta dunia pangkat darjat segala apa entah lagi aku tak leh nak ingat smua.tetiba nenek tu suruh aku celup hujung jari ku kedalam susu kambing dia dan angkat smula.nenek tu ckp susu kambing yang tersisa sdikit dijari ku tu itulah perumpaan waris dia yang masih ada diakhir zaman ni dan dia bgtau lg waris-waris dia yang sdikit ini tidak tahu yang mereka adalah warisku dan hidup dlm keadaan dhaif. then lepastu aku terus menangis minta bgtau jalan pulang kerumah.sbb makin lama gaung tu makin besar makin dkt dgn aku.tp nenek tu pergi berlalu begitu saja buat tak tahu and yang pasti aku dpt rasa kan kesedihan dia tp dia tinggalkan aku terkapai2.. aku meraung2 nak balik rumah smpailah aku terjaga dah pukul 4 pagi yer.dan aku rupa2nya btul2 mengeluarkan air mata dan badan aku berpeluh2 juga.aku jd bingung skejap.aku rasa sesuatu yang tak kena smpai ke la ni.aku yakin pasti ada diantara kalian yang pernah melalui mimpi lebih kurang aku. kalau ada silalah share juga yer. supaya menjadi peringatan sesama kita di akhir zaman ni. insyaAllah.