Syoknya Kahwen!!!
Syoknya kawen!!! yer mmg syok. siapa tak nak kawen kan..smua org nak kawen.. tetapi ramai juga orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
“Seorang teman pernah berpesan..”Kadang2-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”
“..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Wahai Wanita Solehah
Jangan risau akan jodohmu
Kerana Muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita
Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman,
Pada bicara manja yang menggoda
Atau pada pujuk rayu seorang wanita
Yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…
"Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?"
yups,betul sekali...i've been through those Sins and Hells...