HALAL HARAM dan Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100
Bermacm2 peluang biz yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh... dan baguslah klu kite ingin merebut peluang yang ade.tetapi biz yang bagaimana ditawarkan? produk ape? latar belakang company,yg penting halal kah. haram kah...
kepada sesiapa yang mempuyai laman FB.."setiap kali login ke Facebook sudah pasti iklan yang berbunyi : Login Facebook Dapat RM 100 dipaparkan oleh sahabat-sahabat kita yang sudah menyertai skim tersebut. Sekali pandang, amat menarik. Siapa yang tak nak kerja mudah, kan? Bukan susah sangat, login Facebook boleh dapat RM100." kata seorang teman. dan katanyer lagi.saya ada buat sedikit kajian mengenai program ini. Ini kerana ada dakwaan bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi berminat dengan program ini. Saya pun SMS seorang rakan saya yang bekerja di Bank Negara (bahagian pemantauan dan siasatan skim cepat kaya) mengenainya. Menurut beliau, jangan percaya kerana mengikut logik, skim-skim ini semua berunsurkan Quick Rich Scheme. Beliau turut memberitahu terdapat beberapa skim yang sedang di bawah siasatan BNM iaitu HMEO (Help Muslim Each Other), Skim Ta’awun (menderma sambil beramal) dan beberapa lagi program yang lain. Beliau minta supaya saya berpesan kepada rakan-rakan yang ada terlibat dalam skim ini supaya cepat-cepat ambil modal anda atau BERHENTI daripada meneruskan program ini supaya anda tidak HILANG DUIT apabila BNM mula mengambil tindakan.
Selain merujuk kepada rakan yang bekerja di BNM, saya juga telah menyiasat melalui Encik Google dan akhirnya terjumpalah dengan artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin. Apa yang dapat disimpulkan oleh Ustaz Zahiruddin tentang Program Login Facebook Dapat RM 100 adalah :-